Saturday, February 7, 2009

POLITIK SEKARANG...

Apa yang telah berlaku di Perak membuatkan saya terfikir, apa dah jadi dengan politik masa kini di Malaysia. Adakah politik hanya untuk merebut jawatan dan menggunakan kuasa yang diberikan rakyat untuk kepentingan sendiri.

saya sebenarnya tidak menyalahkan mana-mana parti. Setiap parti mempunyai agenda masing-masing untuk diperjuangkan dan matlamat utama sesebuah parti adalah memperjuangkan hak rakyat. Buat masa sekarang saya tidak melihat kerajaan yang dipilih oleh rakyat memperjuangkan hak rakyat tetapi masing-masing memperjuangkan parti.

Malaysia sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama. kenapa setiap kali masalah di dalam politik di antara pihak pro kerajaan dengan pihak anti kerajaan elemen agama dan perkauman akan di gembar gemburkan.

Disini, saya nak memyatakan pendapat kenapa parti altenatif dan parti kerajaan tidak boleh sebulat suara mencapai satu keputusan yang bernas untuk rakyat.

Kenapa yek?

Lagu WARISAN




Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan